kaya

kayap
merayap-rayap
tergagap-gagap
tersilap
seperti alien yang beranak-pinak dalam badan
berdenyut-denyut
bisa
menjamah tiap inci daging ini
ya
akan aku bakar kau
biarpun aku yang menjadi mangsanya

hikmah

'Setiap yang berlaku ada hikmahnya', rakan sejawat, berbangsa india, beragama hindu.

Kalau orang agama lain pon boleh cakap dengan aku macam ni, xreti2 lagi ke?

celak

kalau aku rasa cukup celaka
ramai lagi di luar sana yang hidupnya lebih celaka
cuma yang membezakan antara kau dan kau yang lain,
ialah cara kita menjadikan hidup ini yang celaka kepada syurga.
cara kita mensyukuri hidup ini
cara kita menjalani hidup ini
cara kita melihat sisi cerah hidup ini

mungkin bagi sesetengah orang, tisu yang dijual oleh pengemis jalanan itu tidak lebih daripada umpan untuk orang lain memberi wang atau pun kalau beli pun sebab tisu-dalam-beg-aku dah-habis
tapi bagi pengemis jalanan itu, tisu2 itulah yang akan ditukar nilainya demi sesuap nasi untuk anak2 mereka

atau pun

seorang anak kecil yang hidupnya serba-cukup-minum-pakai mahukan kasut sekolah yang baru sedangkan kasut sekolah yang lama masih elok, bukan, sangat elok
tapi disebabkan kasut itu memegang gelaran 'kasut sekolah tahun lepas', jadi anak kecil itu tetap mahukan kasut yang baru atau pun mengugut ibu bapanya untuk tidak ke sekolah dek kerana malu memakai 'kasut sekolah tahun lepas'
tapi
jika 'kasut sekolah tahun lepas' itu disedekahkan kepada anak kecil yang miskin, yang mana merupakan anak pengemis jalanan yang menjual tisu itu tadi, sudah tentu kasut itu akan lebih dihargai dan dijaga dengan elok
lihat
betapa anak kecil yang miskin itu menukar 'kasut sekolah tahun lepas' yang dianggap celaka oleh anak kecil serba cukup tadi kepada 'kasut baru dari syurga'.

sebenarnya entri ini adalah penyesalan atas kelamaan sudah tidak hupdate di sini. ohh.marilah sama2 menjadikan hidup ini lebih bermakna dari hari2 sebelumnya.ohh ya.maaf tiada azam baru untuk tahun ini kerana hari2 pun tahun baru maa.:)

p/s : jika syurga dan neraka xpernah ada, masihkah kau bersujud kepadaNYA?

maaf sudah bersawang



we froze these moments, and we laugh, we pick a fight, and get together again.

Happy eid mubarak.

emosi emosi yang emosi

akhir2 ini
aku banyak berbicara tentang emosi
tentang emosi yang kosong
yang pada akhirnya topik perbualan itu
akan mendatangkan lebih banyak emosi

uishhhh
emosi sungguh bunyinya
atau seperti wanita pertengahan tahun yang beremosi bunyinya

oh.
harap2 ini bukan tanda2 awal untuk menopaus.
ok fine awal sangat aku nak menopaus.

atau tanda2 awal nak siap eseiment psikologi dengan cemerlangnya.
owh tidakkk masih banyak yang perlu ditaip.

dah lah otak sedikit berkarat sebab selama ni banyak digunakan untuk mengkritik-muvie, atau sibuk dengan acara baju-mana-yang-lagi-sesuai, atau laki mana yang lebih ensem eh silap soleh, paling banyak guna pun nak pikir menu apa nak makan untuk dinner.
weh susah weh nak pikir.

ok bye nak sambung sesi membuat eseiment.
doakan otak x berkarat.dah kasi sembur anti-rust tadi.


p/s :inilah hasilnya kalau da lama x update belog:)

Pukul berapa datuk rimau?

Counting hours...

Selamat tinggal 2009. Semoga tahun baru ini menjadi lebih bermakna buat kita.
Job baru, pakwe baru, pengalaman baru, semua serba serbi baru.

Aku harapkan masa depan yang lebih cerah dan dipermudahkan dalam segala urusan yang mendatang. Mana2 azam tahun lepas yang tersangkut boleh dibawa ke tahun hadapan.
Tapi taklah nama azam baru ye tak?

Masa depan lebih menakutkan dari hantu-hantu dan jembalang di luar sana, (Mohd Jayzuan 2009).