hikmah

'Setiap yang berlaku ada hikmahnya', rakan sejawat, berbangsa india, beragama hindu.

Kalau orang agama lain pon boleh cakap dengan aku macam ni, xreti2 lagi ke?

celak

kalau aku rasa cukup celaka
ramai lagi di luar sana yang hidupnya lebih celaka
cuma yang membezakan antara kau dan kau yang lain,
ialah cara kita menjadikan hidup ini yang celaka kepada syurga.
cara kita mensyukuri hidup ini
cara kita menjalani hidup ini
cara kita melihat sisi cerah hidup ini

mungkin bagi sesetengah orang, tisu yang dijual oleh pengemis jalanan itu tidak lebih daripada umpan untuk orang lain memberi wang atau pun kalau beli pun sebab tisu-dalam-beg-aku dah-habis
tapi bagi pengemis jalanan itu, tisu2 itulah yang akan ditukar nilainya demi sesuap nasi untuk anak2 mereka

atau pun

seorang anak kecil yang hidupnya serba-cukup-minum-pakai mahukan kasut sekolah yang baru sedangkan kasut sekolah yang lama masih elok, bukan, sangat elok
tapi disebabkan kasut itu memegang gelaran 'kasut sekolah tahun lepas', jadi anak kecil itu tetap mahukan kasut yang baru atau pun mengugut ibu bapanya untuk tidak ke sekolah dek kerana malu memakai 'kasut sekolah tahun lepas'
tapi
jika 'kasut sekolah tahun lepas' itu disedekahkan kepada anak kecil yang miskin, yang mana merupakan anak pengemis jalanan yang menjual tisu itu tadi, sudah tentu kasut itu akan lebih dihargai dan dijaga dengan elok
lihat
betapa anak kecil yang miskin itu menukar 'kasut sekolah tahun lepas' yang dianggap celaka oleh anak kecil serba cukup tadi kepada 'kasut baru dari syurga'.

sebenarnya entri ini adalah penyesalan atas kelamaan sudah tidak hupdate di sini. ohh.marilah sama2 menjadikan hidup ini lebih bermakna dari hari2 sebelumnya.ohh ya.maaf tiada azam baru untuk tahun ini kerana hari2 pun tahun baru maa.:)

p/s : jika syurga dan neraka xpernah ada, masihkah kau bersujud kepadaNYA?